Perlukah Jepun kepada al-‘Asr ?

Great article indeed !

“Kalau kita mahu ajak orang Jepun kepada Islam, apa yang Islam hendak tawarkan kepada orang Jepun?” soalan yang sering saya ajukan di dalam ceramah.
Pada memahami erti menjadi seorang Muslim.

“Terimalah Islam agar kamu lebih menepati masa? Sebab di dalam Islam ada Wa al’Asr! Begitukah?” soalan saya berbentuk provokasi.

Mengajak satu kaum yang bermasalah kepada Islam, untuk menyelesaikan masalahnya dengan Islam sebagai penyelesaian, mungkin jelas hujung pangkalnya.

Namun, bagaimana hendak mengajak satu kaum yang begitu kemas tatacara hidupnya? Sebuah negara yang begitu maju, bersih, dan menepati masa seperti Jepun, apa lagi sebab untuk mereka merasa perlu kepada Islam?

Lebih membingungkan, kalau persoalan ini dibaca begini, “jika tanpa Islam pun Jepun boleh maju, mengapa perlu kepada Islam?!”

Sudah tentu, ketepatan masa yang sering dikaitkan dengan pencapaian ketamadunan Jepun akan mengambil sistem keretapinya sebagai contoh. Ketepatan masanya bukan lagi jam dan minit, malah dalam senggang hanya beberapa saat! Purata kelewatan bagi keretapi laju  Tokaido Shinkansen hanyalah 0.3 minit. Jika keretapi terlewat sehingga lima minit, pengumuman memohon maaf akan dibuat dan syarikat keretapi akan mengeluarkan ”delay certificate” (遅延証明書) kerana pengguna tidak boleh membayangkan keretapi boleh selewat itu! Itulah ketepatan masa sistem pengangkutan sebuah negara bernama Jepun.

Perlu lagikah mereka kepada Wa al-’Asr?

– See more at: http://saifulislam.com/2013/07/perlukah-jepun-kepada-wa-al-asr/#sthash.Mk0fnAMw.dpuf

Leave a comment