Singapore Trip: Part 1

30 Mei 2013, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki atau dengan kata lain, aku berkesempatan untuk gi jenjalan dekat Kota Temasik. Tau tak Kota Temasik tu dekat mana? Nama lain dia Singapore. Saja aku letak nama Temasik tu nak bagi nampak nilai-nilai estetika dia sikit. haha

Aku pegi Singapore tu 2 hari tapi tak tido kat sana. Tido kat The Zone Hotel, Johor. Aku pegi sana dengan abang aku, kak ipar, adik kakak ipar, anak sedara, adik dengan kakak aku. So, total 7 orang. Ada sedikit cerita berkenaan trip aku ke Singapore. Actually, memula aku tak join pun diorang ni. Ntah cemana mungkin ada satu masa ni bila aku tau diorang nak gi Singapore, aku sedih la. Time tu seminggu before nak study week. Tengah stress pastu tak dapat lak nak teman gi hantar parents aku gi umrah. Lagi bertambah kesedihan. Mungkin kerana kesiankan aku, last2 skali aku pun ikut la skali. Disponsor yee. haha.. tu namanya rezeki. Alhamdulillah.

So, untuk first day, kami pegi Universal Studio Singapore (USS). Before nak story pasal USS, aku nak cerita la skit masa memula nak masuk Singapore tu. Kami naik bas dari Terminal Kotaraya II untuk Singapore (Kranji). Kat situ ada bas dengan tambang RM 5 (Johor-Singapore). Kalau dari Singapore nak balik Johor, tambang dia $5.

Kalau nak masuk negara orang ni, cam besa la kena settle dengan imigresen dulu. Imigresen Malaysia senang ja. Cuma imigresen Singapore dia strict skit. Ada la prosedur dia contohnya isi borang pastu nanti kena cop passport. Waktu tu ready la dengan jawapan sebab dia akan soal kita nak ke mana, berapa hari and so on. Tapi as long as kita takdak problem, senang ja selesai.

DSC00153_edit

Continue reading

Advertisements