Bila diri bukan seorang penulis

Typewriter Keysimage source

Tengah belek-belek blog aku ni. Then masa scroll newsfeed dekat facebook, ternampak pulak kawan aku baru update blog. Aku ni ada satu isu, di mana kalau aku nak udate blog, mesti aku akan jadi blank. Tambahan pulak, kalau nak tulis dalam BM. Ok. Bukan aku nak poyo ke apa tapi memang aku ada masalah sikit.

Aku ada 2 blog yang aktif sekarang ni. Satu lagi blog aku tulis dalam BI dan yang ni aku campur BI dan BM. Mulanya memang aku nak tulis dalam BM je tapi ada certain part yang aku memang tak pandai karang dalam BM. Even masa aku tengah tulis ni pun, aku rasa ayat tak tersusun dan tak sedap nak dibaca.

Kadang-kadang, aku terfikir jugak macam mana orang lain boleh tulis senang je. Aku ni kadang-kadang dah tulis setengah, tapi bila dah blank, terpaksa delete balik semua sampai tak jadi nak publish entri. Mungkin jugak memang aku ni tak berbakat sangat nak menulis. Haha..

Sekarang ni, aku dalam proses nak belajar tulis entri dalam BM. Kalau BM, aku dah tak payah risau sangat pasal grammar ke apa sebab aku pun cuba nak lebih santai cuma susunan ayat tu memang aku problem sikit. Tak pandai nak tulis ayat berbunga-bunga. Kalau BI pulak, aku memang kena risau dengan grammar, vocab dan susunan ayat. Nak buat cemana, bukan native language.

Apa-apa pun, aku akan cuba sehabis baik untuk menulis dengan lebih kerap dekat blog ni. Kalau boleh, jangan sampai hidup segan mati tak mahu.

Advertisements