Pertengahan Ramadhan

Pejam celik pejam celik, lagi 2 minggu lagi nak raya.

Tahun ni aku raya akan beraya dekat kampung sebelah mama. To be precise, aku akan beraya dekat Indonesia. hehe.. dah lama kot aku tak balik Indon. Kampung mama dekat Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Next week aku akan bertolak ke sana. Excited kot!

Last aku balik sana 10 tahun lepas. Lama tak? huhu.. so this year, aku akan ke Indon selama 2 minggu. So kemungkinan aku jarang nak online kot.

Hanya kakak aku dengan abang aku yang ke-2 saja yang beraya dekat Malaysia. Means aku akan berkawan dengan adik aku je la nanti. haha.. bertahanlah wahai diri!

Insya-Allah, aku akan update di blog pengalaman dekat sana. Apa-apa pun, kena habiskan puasa dulu. Baru bule bercerita tentang raya.

Samping bercerita tentang nak raya ni, nak jugak cakap pasal puasa. Nampaknya prestasi puasa aku tahun ni tak la memberangsangkan. Haih.. rasa menyesal la pulak tapi nak buat cemana kan. Baki yang tinggal ni kena pulun lebih sikit.

Ganbatte Yuki!

Advertisements

Ramadhan is loading.. 99%

1 hari lagi sebelum Ramadhan.

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk Ramadhan dah. Esok last bulan Sya’ban dan esok jugak solat tarawikh mula. Azam aku untuk bulan puasa kali ni.. xdak kot. hehe.. Teringin nak buat tarawikh full tapi most likely macam x berapa nak mampu. Tapi aku akan cuba jugak. InsyaAllah..

Dah sehari lagi nak start puasa ni, aku terasa macam nak demam pulak. Tekak sakit, hidung berair. Hmmm.. hopefully esok okey balik sebab xmau la puasa dalam keadaan camni.

Disebabkan nak puasa jugak, macam biasa la, aku nak cerita pasal raya tapi aku hold dulu sebab kita tak puasa pun lagi kan. Dah nak raya dah. Bagi dekat-dekat nak raya baru bule nak cakap pasal tu. Tapi kalau tengok sekarang ni, kat supermarket memang suasana macam dah nak raya. huhu.. Lagu raya tu tak pasti pulak diorang pasang ka tak. Kalau pasang tu aku rasa agak melampau di situ. haha..

By the way, ada buat apa-apa persediaan tak nak puasa ni? haha.. aku ada. Aku qada apa yang aku dah lama tak makan. lol
Bukan la persediaan pun namanya tu.. tu memang mentekedarah before puasa. Sushi King la, pastu tadi gi Old Town pulak. Ada jugak plan nak beli kek tapi tengok la dulu.

Okey la. Nak cerita panjang-panjang pun bukan aku ada idea pun. Stop kat sini dulu. Jangan lupa, sila tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Semoga bulan Ramadhan ni kita memperoleh keberkatan dari Allah SWT.