Bebelan di akhir semester

Alhamdulillah..

Dah abis pun final exam bagi Semester 2 Tahun 2 Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian. Dah nak masuk 3rd Year dah pun. hehe..

Tak dinafikan, exam kali ni memang mencabar disebabkan jadual yang agak tak convenience bagi student. Apa-apa pun, aku harap result kali ni tak menghampakan aku. Insya-Allah..

By the way, aku tak balik rumah pun lagi. Sebab aku tengah tunggu kawan aku. Nak balik sorang memang tak la kan. Dari Johor ke Penang bukannya dekat. Kalau aku laki, tak pa la. haha..

So, aku tengah mengisi kebosanan dengan menulis blog yang baru sangat2. Nak ubah angin la katakan.. Sebenarnya, sekarang ni tengah jerebu. Kat sini dah ok la sikit. Alhamdulillah.. cuma aku rasa jerebu ni dah start merebak ke arah utara. Fair la kan. Semua kena.

Bercerita tentang jerebu  ni, aku terbaca banyak sekolah dah ditutup sebab bacaan IPU dia paras bahaya. Hope semua ok la. Punca jerebu ni, yang aku tau disebabkan pembakaran hutan kat Indonesia.

Disebabkan jerebu ni jugak, aku terfikir mungkin ada sebab kenapa ia jadi. Ya la, dalam kita duk salahkan orang lain, kadang-kadang kita terlepas pandang benda yang lagi penting. Kita selalu dimomokkan dengan ‘keamanan’ yang kita nikmati. Kita takdak gunung berapi, gempa, perang macam negara lain. Tapi kita selalu diajar bersyukur dekat makhluk. Bukan Tuhan. Sampai kita lupa dan alpa.

Pernah tak kita terfikir benda-benda tu semua kalau Tuhan nak tarik, sat ja dia boleh buat. Macam sekarang ni, baru jadi jerebu, dah kalut. Tapi kita still salahkan orang lagi. Tak mau pulak tengok salah sendiri. Lagi bagus kita anggap jerebu ni sebagai bala dan peringatan dari Allah supaya kita boleh muhasabah diri. Paling kurang pun, kita mintak ampun atas kesalahan kita. Ni baru jerebu. Kalau jadi taufan ka, gempa ka, agak-agak kita boleh handle dak?

Ok lah. Dah bosan bebel. haha.. Anyway, aku tengah menghitung hari nak balik rumah. Pada yang dah start cuti tu, jaga la diri.

Advertisements