Semester break is now on

Hari ni aku dah selamat berada di rumah.

Actually, aku sampai semalam kat rumah. Drive dari Johor ke Penang. Fuhh! First time aku drive jauh-jauh memang penat satu badan. Ni pun rasa cam nak sambung lagi tido. Hahaha…

Anyway, kat sini hujan. Alhamdulillah.. dengan musim jerebu sekarang ni, hujan amat-amatlah membantu. Sejuk ja kat rumah aku sekarang ni. Macam biasa, bila dah start cuti, rutin aku memang men’download’ habis-habisan. Aku ada terfikir nak kerja tapi tengoklah dulu cemana. Almaklumlah.. nak beli handphone baru la katakan. Abah kata ada kerja kosong dekat pejabat lawyer. Sounds good! Sebab kerja office kan. Tapi macam aku cakap tadi, tengoklah cemana. Aku malas sebenarnya nak kerja ni. huhuhu.. tapi handphone nak beli. Adoyai…

Aku dalam mood nak tulis blog ni actually. Tapi blog aku yang satu lagi tu, memang aku rasa nak update cuma taktau nak update pasal apa. Idea is not coming. Tu yang aku tulis dekat sini. Sementara aku tulis ni, mata aku tengah usha dekat PC sebelah. Aku tengah download anime kat situ. Laju gak dia download. hehe..

Untuk post yang akan datang, aku rasa nak story skit2 pasal pengalaman aku gi melancong. Memang dah lama berniat nak cerita kat dalam blog cuma masa dan tempat ja yang macam tak berapa nak kena. Maybe, ‘thespokenme’ ni ok kot nak story2 pasal benda ni.

So, aku stop kat sini dulu.