Singapore Trip: Part 2

6320_2_edit

Sambungan dari trip aku ke Singapore.

31 Mei 2013, 2nd day aku ke Singapore.

Kali ni aku dah prepare jawapan untuk imigresen Singapore. hehehe.. untuk hari ke-2 ni, memang hari yang aku tunggu sebab aku and yang lain, kami akan jenjalan dekat tempat lain pulak. Maksudnya, time ni la aku nak tengok orang-orang sana behave cemana, since Singapore is a developed country.

So, perjalanan kami hari tu, kami plan nak ke Bugis Street. Lepas tu nak gi Singapore punya landmark. Merlion Park. Ala.. yang ada Patung Singa besar tu..

Cam biasa la, naik bas macam 1st day. Destinasi pertama adalah Orchard Road. Kat sini dah start nampak dah kemajuan Singapore. Sistem pengangkutan dia ok. Macam kat UK (bebila aku story pulak pasal pengalaman aku gi UK).

_MG_6280

_MG_6282

Actually, hari tu hujan. Lebat la jugak. Dengan perut lapar. Memula ingat nak makan dekat Bugis Street tapi sebab Nisa’ dah nangis-nangis, so kami makan dekat KFC ja. Sempat la jugak merasa KFC Singapore. Menu dia lain skit dari Malaysia. Kalau nak tanya sedap ka dak, bagi aku la aku rasa KFC Malaysia lagi sedap kot. huhuhu.. cuma Zinger Burger dia lagi besar dari KFC Malaysia. So, puas hati gak sikit.

Continue reading

Advertisements