Majlis perkahwinan adat Minangkabau

Entri kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Payakumbuh, Sumatera Barat.

Sumatera Barat ni merupakan Ranah Minang di mana majoriti penduduknya adalah orang Minang dan mengamalkan adat Minangkabau. So, apabila bercakap berkenaan adat, sudah semestinya ia merangkumi kebanyakan aspek dalam kehidupan seharian termasuklah perkahwinan.

Sama seperti di Malaysia, di Sumatera Barat juga ada adat mereka tersendiri.

Continue reading

Pengalaman beraya di Bukittinggi, Sumatera Barat

Agak-agak belum terlambat kot kalau nak wish Selamat Hari Raya. Raya kan sebulan so masih ada masa lagi.

Okay, entry kali ini aku nak tulis dan cerita pengalaman aku beraya di Indonesia. Dah 10 tahun aku tak balik Indonesia. huhu… memang lama tempoh masa tu.

Macam mana aku boleh ada kampung di sana? ha… ni aku nak cerita background keluarga aku sikit sebelum masuk to the mainpoint. Mak aku berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat dan berkahwin dengan ayah aku yang berasal dari Kedah. Aku pulak lahir di Malaysia. Tapi kesemua ahli keluarga aku pemegang passport berwarna merah iaitu passport Malaysia termasuklah mak aku.

Masuk perkara yang aku nak cerita kali ni, aku balik Bukittinggi selama 2 minggu. Memang banyak benda yang aku nak cerita tapi aku takkan tulis semua dalam satu entri. Balik kali ni aku sempat puasa, beraya, menghadiri akad nikah dan kenduri sepupu dan aku juga sempat berjalan-jalan ke beberapa tempat. 2 minggu kat sana memang aku boleh tengok suasana dan kehidupan masyarakat yang kadang-kadang berbeza dengan cara kita di Malaysia.

Dalam entri ni aku akan cerita flow perjalanan aku dari KL ke sana dan beraya di Bukittinggi.

Continue reading