Check up on KPJ Specialist

Pagi tadi, aku pegi hospital dengan abah aku.

Ada satu ja sebab kalau pegi hospital: Sakit. Aku pegi KPJ Specialist kat Penang. Camna aku bule nak ter’pergi’ specialist pulak ni? haa… ada storynya sikit.

Cerita dia camni.. sebelum cuti PRU-13 haritu, aku terjatuh dekat bilik air. Bukan sebab lantai licin ka apa, tapi sebab aku pengsan. So, terjatuh dalam toilet. Dalam toilet ok? Means yang ada jamban tu. Jatuh toilet tu menyebabkan kepala aku terhantuk kat dinding toilet and berdarah, dan terkoyak, dan dijahit.

Setel sampai situ. Dalam 2 minggu lepas tu, aku start rasa sakit dekat bahagian belakang leher. Bila dongak ke atas, mesti akan rasa sakit. So, aku pegi check dekat Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Then, diorang suruh aku buat x-ray. Dari result x-ray tu la, doktor suggest aku jumpa pakar. Mulanya, aku kena rujuk dengan Hospital Batu Pahat tapi disebabkan appointment aku clash dengan jadual exam, maka aku decide untuk jumpa pakar lepas abis exam.

So, hari ni la hari yang aku jumpa pakar untuk consult dengan dia berkenaan sakit aku ni. KPJ ni actually hospital swasta. So, paham-paham la kan. Swasta dia agak cepat kalau nak compare dengan kerajaan. Bayaran dia pulak as usual la, mahal. So, tadi macam-macam la aku kena check untuk doktor tengok apa yang tak kena dengan tulang aku ni. Ambik darah, MRI, CT scan dengan x-ray.

Ambik darah ni part paling aku tak berapa nak suka sebab kena cucuk. Kebetulan pulak tadi aku nervous ka apa, dengan aircond hospital yang sejuk, maka aku dengan terketar-ketar pegi amik darah. Nak tunjuk betapa aku nervous+sejuk tadi sampai kaki aku terangkat kat atas sikit untuk menahan kesejukan. hahaha.. sumpah aku rasa malu gila! Taktau la doktor tu perasan ka tak tapi yang pasti, memang aku terketar sampai macam tu.

MRI pulak first time aku buat. Selalu tengok dalam drama ja. Takut dia jangan cakap la. Scary ja aku tengok terowong dia tu. huhu.. Memang aku pejam ja mata sepanjang dalam tu. Nurse tu siap bagi headphone untuk dengar lagu so that tak rasa tension ka apa. Badan memang tak leh gerak langsung dalam tu. Dalam keadaan camtu, dengan aku yang sejuk+ketar+rasa nak buang, aku terpaksa menahan selama 15 minit! Kejam betul aku rasa MRI ni. hahaha..

MRIResult MRI aku.

CT scan lebih kurang cam MRI jugak cuma lain sikit. Dia tak lama macam MRI. Dah abis check semua, alhamdulillah.. takdak apa-apa yang abnormal dekat aku. Cuma doktor assume yang dalam x-ray tu maybe parut dari kecederaan lama. Lega la aku sikit.. alhamdulillah.

Doktor bagi aku ubat plaster untuk letak dekat bahagian yang sakit. Charge? Charge tu yang mahal. MRI pun dah 700-800 lebih. CT scan  murah lagi. Tapi dari segi safety, MRI lagi selamat. Maksud selamat kat sini is MRI bukan macam x-ray, CT scan pulak dia guna radiation. Macam x-ray tu.

DSC00160Result darah dengan resit

DSC00164Plaster yang doktor bagi

Sekarang ni, lega la sikit bila tau takdak apa yang serius. Hopefully I’m fine.

Advertisements