Pengalaman beraya di Bukittinggi, Sumatera Barat

Agak-agak belum terlambat kot kalau nak wish Selamat Hari Raya. Raya kan sebulan so masih ada masa lagi.

Okay, entry kali ini aku nak tulis dan cerita pengalaman aku beraya di Indonesia. Dah 10 tahun aku tak balik Indonesia. huhu… memang lama tempoh masa tu.

Macam mana aku boleh ada kampung di sana? ha… ni aku nak cerita background keluarga aku sikit sebelum masuk to the mainpoint. Mak aku berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat dan berkahwin dengan ayah aku yang berasal dari Kedah. Aku pulak lahir di Malaysia. Tapi kesemua ahli keluarga aku pemegang passport berwarna merah iaitu passport Malaysia termasuklah mak aku.

Masuk perkara yang aku nak cerita kali ni, aku balik Bukittinggi selama 2 minggu. Memang banyak benda yang aku nak cerita tapi aku takkan tulis semua dalam satu entri. Balik kali ni aku sempat puasa, beraya, menghadiri akad nikah dan kenduri sepupu dan aku juga sempat berjalan-jalan ke beberapa tempat. 2 minggu kat sana memang aku boleh tengok suasana dan kehidupan masyarakat yang kadang-kadang berbeza dengan cara kita di Malaysia.

Dalam entri ni aku akan cerita flow perjalanan aku dari KL ke sana dan beraya di Bukittinggi.

Seperti kebanyakan orang, cara paling mudah kalau nak berjalan ke tempat orang ni kita akan memilih flight dan AirAsia menawarkan harga yang agak berpatutan. Aku dan family (9 orang) bertolak dari LCCT hari Ahad iaitu 4/8/13 pukul 1.30 petang. Destinasi kami adalah Padang. Tak lama pun perjalanan tu. Dalam 45 minit ke 1 jam dah boleh sampai.

DSC00210

Pemandangan dari dalam flight

DSC00211

Pulau sumatera sentiasa mempunyai awan tebal

Kalau tengok dalam gambar ni, kita boleh tengok Pulau Sumatera ni memang luas dan besar. Muka buminya bergunung-ganang. Kalau dari atas, pulau ini lebih cantik dari Semenanjung. Kalau di Malaysia, bukit-bakau banyak ditarah untuk melaksanakan pembangunan. Dari dalam flight memang tak nampak pemandangan macam ni dekat Semenanjung. Tanah merah je banyak.. huhu

Tiba di Padang, adik beradik dari sana dah ready tunggu kat airport. 2 kereta untuk sambut kami. Orang di sana banyak yang guna kereta besar-besar macam Avanza. Alza pun ada orang pakai.

DSC00215

Bandara Minangkabau, Padang

Di Padang, kami tidur di rumah mak cik aku. Kalau di Padang ni, get ready la nak berpeluh. Panas gila kot! Mungkin sebab Padang dekat dengan laut dan satu lagi, orang kat sana tak suka pakai kipas. Kalau naik kereta pun, jarang nak jumpa yang guna aircond. Selalu buka tingkap hirup fresh air je.. huhu

Esoknya kami bergerak ke Bukittinggi. Jaraknya tak la jauh mana pun tapi disebabkan diorang takde highway, maka perjalanan tu agak lama.

Kalau macet (sesak), dekat 10 jam baru boleh sampai. Laluan utama dari Padang-Bukittinggi melalui Pariaman dan Padangpanjang. Lagi bagus kalau driver tu tahu laluan alternatif, kurang la sikit macet.

Sampai di Bukittingi, lega la sikit. Suasana di sana lain dari di Padang. Kalau di Padang agak serabut, tapi di Bukittinggi kurang sikit. Mungkin kawasan dia berbukit, ada gunung-ganang, rasa sejuk je tengok.

DSC00219

Bukittinggi

Yang ni dah area Bukittinggi. Depan tu Gunung Merapi, kalau tak silap aku la. Kalau nak cerita pasal Bukittinggi ni, memang banyak benda nak diceritakan. Kena buat entri lain pulak.

Kampung aku dekat Simpang Canduang. Dekat jugak dengan rumah Hajah Rosmah. Kalau siapa yang suka kain sulam mungkin kenal kot dengan Hajah ni. Bak kata mama, kain dia memang cantik tapi harga dia pun cantik jugak. Jangan risau, dekat sini memang terkenal dengan kain sulam. Bukittinggi ni sebenarnya Kota Wisata, maksudnya Kota Pelancongan. Takpa, entri akan datang aku cover bab ni.

Sambutan Aidilfitri kat sini tak banyak beza pun dari Malaysia. Cuma suasana tu yang agak lain sikit. Macam biasa, sembahyang raya, pastu beraya di rumah saudara, kawan. Cuma di sini, hubungan kekeluargaan tu memang sangat rapat. Aku pun tak kenal siapa yang datang beraya hari tu. Mujur kakak aku ada. Dia dah balik tahun 2010 so dia kenal la sikit-sikit sepupu sepapat semua.

Sebelum terlupa, di Sumatera Barat ni majoriti penduduk dia orang Minangkabau. Sebab tu dia dikenali sebagai Ranah Minang. Bahasa Minang dia lain sikit dari Minang Negeri Sembilan. Aku boleh la faham sikit-sikit apa yang diorang ni sembang. Tapi aku tak pandai cakap Minang. hehe..

DSC00248

Kat sini memang lauk sambal balado tu wajib. Boleh kata hari-hari aku makan sambal tu. Rendang pun ada. Lontong aku rasa ada tapi aku tak sempat makan. Ketupat pun ada. Mama buat. Daun palas bawak dari rumah. Nak bagi orang sana merasa ketupat Malaysia.

Ha.. di sini orang tak hidang air sejuk. Air oren yang buat dalam jag tu memang aku tak nampak orang sini buat. Diorang selalu hidang air mineral kecik tu, takpun air tin.  Ok jugak tu. Tak payah susah-susah nak basuh cawan bagai. Buang ja lepas minum.

DSC00372

Ni air Fanta Stroberi. Kat sana ada kilang Fanta. Taktau kenapa, Fanta sana lebih sedap dari Malaysia. Serius tak tipu. Jajan dia pun sedap-sedap.

Okay la. Yang tu ja kot aku nak cerita. Pasal raya dah setel. Ada kesempatan nanti aku buat entri pasal Bukittinggi, pusat pelancongan di sana dengan kehidupan masyarakat sana.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s